Saturday, January 15, 2011

Korang:)ngeee~


ehem.ehem.


Bismillahirrahmanirrahim.


hehe.
Amacam, korang sihat ke?kelas baru, ok?haha.credit la buat yang dapat kelas havoc, tapi bg kelas yang kureng skit tu, cuba la mulakan menjadi orang yang dpt havoc kan kelas tuh.


erm..apa-apa pun maseh belum terlmbt untuk ucapkan selamat BERTANGGUNGJAWAB buat semua.almaklumla kan, dh f4, of coz ada bnyk yg kene buat kan?cnth? KD.hurm.x lama lagi akan ada orang yang akan pegang amanah sbgi KU dan lain2 la~.


Sebut pasal amanah dan tanggungjawab, sedarlah.kita takkan dapat lari.Kemana kita pergi, pasti akan ada tanggungjawab yang lain yang akan menyusul.Pernah x korang fikir, kenapa kita diciptakan.Padahal kita x pernah meminta pun supaya diwujudkan didunia ni.Sedar2, kita dah memang wujud kat cni.cuba renung-renungkan.Nak dgr crita x? aku nak kongsi sikit.


Kisah ini mengisahkan tentang seorang petani.Dia mempunyai satu kebun sayur. Kebun sayurnya sangat subur. Disebabkan kebunnya yang subur, ramai yang berminat untuk mengusahakan kebun bersebelahan dengan kebunnya. Akhirnya, kebun-kebun yang diusahakan bersebelahan dengan kebun si petani turut mempunyai hasil yang baik.

Satu hari, ada yang bertanya kepada si petani, kenapa si petani mengizinkan orang-orang lain membuka kebun bersebelahan dengan kebunnya, kerana akhirnya si petani terpaksa bersaing. Kenapa tidak dibuat penghadang diantara kebunnya dengan kebun bersebelahan?

Si petani menjawab ringkas,”Kerana saya ingin ’berkongsi’ dengan orang sekeliling debunga-debunga baik yang saya ada. Supaya orang-orang lain turut merasai nikmat yang saya rasa. Kalau saya letakkan penghadang, angin yang bertiup tak dapat nak membawa debunga-debunga saya ke kebun bersebelahan.”


Agaknya, apa yang dapat disimpulakan melalui kisah ini?


-kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.?mungkin itu jawapan anda?


Apa yang dapat aku simpulkan,”Dalam hidup ni, kita tak boleh nak berjaya sorang-sorang. Kita ada kawan-kawan, kena sama-sama belajar, kena sama-sama bantu membantu. Orang yang bagus, dia akan berkongsi kebaikan dan ilmu yang dia ada dengan orang sekeliling, bukannya simpan sorang-sorang. nanti, kena belajar sama-sama dengan kawan-kawan. Jangan selfish.”

Pengajaran yang aku terima adalah jangan pentingkan diri sendiri (selfish) dan mainkan tanggungjawab. Mana mungkin seseorang itu akan bersifat pentingkan diri sendiri, jika dia tahu dan sedar tanggungjawabnya kepada orang sekeliling.

Jika kita adalah orang yang berjaya dalam pelajaran, tanggungjawab kita adalah membantu orang yang lemah. Jika kita orang yang berkemampuan, tanggungjawab kita adalah membantu orang yang kurang berkemampuan. Jika kita berkelapangan masa ketika itu, tanggungjawab kita adalah membantu orang-orang yang kesempitan masa, tanpa menidakkan tanggungjawab itu sebagai sesuatu yang perlu dipikul olehnya.







Tanggungjawab itu apa? Ada yang memandang tanggungjawab sebagai yang membebankan. Jika beban yang difikirkan, beban lah jadinya. Ada yang memandang tanggungjawab itu sebagai amanah Ilahi. Tanggungjawab pastinya akan menjadikan kita seorang yang ’sibuk’. ’Sibuk’ menjalankan tanggungjawab!

Ada suatu ketika, aku pernah mengeluh, kerja-kerja yang banyak dan menimbun. Cuba juga memuhasabah diri. Apa yang telah dilakukan semasa adanya waktu lapang?




cuba fikir,..”Kenapa asyik nak mengeluh? Siapa yang bagi tanggungjawab ni? Bukan ke Allah SWT yang bagi? Sebab, setiap yang berlaku kepada manusia, semuanya dah tertulis dalam Lauh Mahfuz. Maksudnya apa? Maksudnya, Allah SWT percaya kan kau! Kalau Allah SWT percaya pada kau, kenapa mesti kau menidakkan kepercayaan tu? Tanggungjawab itu Allah yang berikan, kerana kunci ’kekuatan’ itu ada pada-Nya. Jadi, memintalah! Memintalah untuk diberi kekuatan, bukannya berhenti separuh jalan setelah tanggungjawab diberikan.

Ada perkara di dalam hidup yang membuatkan aku benar-benar yakin bahawa sesuatu tanggungjawab, jawatan dan amanah yang diberikan kepada manusia, sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah SWT.

Manusia hanya sekadar medium yang Allah jadikan sebagai pengantara kepada kita mendapat tanggungjawab itu.
Dia mahu melihat sejauh mana kita memegang tanggungjawab itu, tanpa sedikit pun memanipulasikannya.
betul tak?

Saat perkenalan dengan ayat cinta-Nya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30, haruslah kita yakini bahawa penghidupan manusia di atas muka bumi bukanlah suatu yang sia-sia, dan sebenarnya ia diulit dengan sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu di ketahui dengan kesedaran yang timbul dari hati. Jika tidak, manusia tidak akan perasan bahawa hidup ini adalah suatu tanggungjawab!


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Berdoalah,
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir.

--------------------------------------------------------------

Mesti ramai yang tgh sebuk2 fkir pasal twrn kan?Pastu, mulala nk fkir, nk stay ke x.Betul tak? Ataupun, maybe maseh ade yang yang masih bLurr nak plih akaun ke science..hehe.


tok sah pening2 kepala.relax je.Yang penting, always keep in touch dgn Allah.Jgn lupa solat istikharah.Untung kan kita ni, at least kita tau jgk solat istikharah tu ape, n cara pelaksanaannya. pastu, cubela dgr nasihat drpd orang lain jgak. Mak ayah, cikgu2.Aku tau, mesti permintaan mak n ayah korang en?X pe la.Yang penting bukan lah korang skola dimana atau ape, tapi yang lebih utama, bagaimana korang nak survive kt skola tu. Aku yakin, mesti ramai giler yang mohon KISAS kan?haha.fikirla masak2.kalo boleh sampai hangus apa yang korang masak tuh.ok?jgn tension2.Serahkan semuanya pada Allah.Andai kata jawapan istikharah korang tu adalah, korang kena pndah, maybe itu yang terbaik untuk kita semua.Baik untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.Apa-apa pun jgn lupa pada kawan masing-masing ea!~


Kepada yang stay, jomlah kita bangunkan MAAHAD.asyek jatuh je maahad ni.kitala yang bangunkannya balik.x yah segan2 nak ngaku, yang kita sayang maahad.Bila dah sayang maahad, akan wujudlah usaha ke arah pembangunan sahsiah diri, n then, insyaAllah, maahad turut bersahsiah tinggi!~


ingat!~kemana kita pergi, kita tetap mempunyai tanggungjawab masing-masing.so, laksanakanlah dengan sebaik mungkin!All the best.Sama-sama kita beramal.

together, ok!

No comments:

Post a Comment

cakap je, tak payah malu2.