Saturday, February 20, 2010

Manisnya hidup..
bukan boleh dinilai pada materialnya..
Pahitnya hidup..
bukan dinilai pada kedhaifan hartanya..

Terkadang..
yang dhaif itu lebih manis rasanya..
berbanding hidup
bermandikan material semata..
Kerana kekurangan itu mengajar
erti kehidupan..
sedangkan,..
kemewahan, mengajar manusia erti..
KEMALASAN..

Yang bahagia..
tidak dinilai pada menggunungnya harta..
yang sengsara..
tidak dinilai pada rapuhnya tempat berteduh..

Terkadang..
yang rapuh itulah yang menguatkan..
yang rapuh itulah pengikatnya..
sedangkan..
yang menggunung harta itulah yang memisahkan..
yang menggunung harta itulah yang memecahkan..

Yang berduka..
tidak dinilai pada tangisnya..
Yang gembira..
tidak dinilai pada senyumnya..

terkadang..
yang senyum itulah sengsara..
hanya kepura-puraan semata,..
senyuman tanpa sebenih ketulusan..
Sedangkan,
yang berduka itu..
mengalirkan air mata bahagia..

Di mana pun kita..
siapa pun kita..
jangan asyik menilai diri orang lain..
sedang diri sendiri masih belum ternilai,..
baik buruknya..
titik!

No comments:

Post a Comment

cakap je, tak payah malu2.