Saturday, October 31, 2009

PEMBETULAN

PERHATIAN 
sila baca hingga habis!

Salam.

Ingat tak hari tu ada sorang senior ni bagi tazkirah kat masjid?
Sorry aku tak ingat hari & tarikh ape. 
Tapi yang pasti dia menyentuh isu-isu wanita
dia ada cakap pasal bonggol wanita kankan?
Ok, jadi sekarang;
isu ni sangat sensitif.
Sebab ia menyentuh aspek agama.


Dan malang sekali,
ketika itu,
tak de sorang pun yang berdiri 
untuk menghentikan tazkirah sonsang tu.

Sila baca ini,
untuk fahaman yang sebenarnya:


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

SUMBER SATU:
 
Maksud bonggol unta

yang condong tu ialah rmbut 
yg diikat terlalu 
tinggi sehingga menampakkan bentuk
rambut di tudung.

Itu menunjukkan rambut kita panjang atau pendek.
Nyata ia tidak boleh dalam hukum islam 

dan terang-terangan sudah ada hadis mengatakan begitu.
Jadi, para muslimat;

apabila memakai tudung
pastikan tiada benjolan di atas kepala kita..
takut2 para lelaki akn ternampak
dan kitalah yang akan berdosa,
Jadi, muslimat;
berhati2lah.


SUMBER DUA:

“Aku memang sukelah tengok pompuan 
yang bile die pakai tudung,
belakang tudung die naik ke atas.
Lawa dow.”Bisik Cerah kepada Fitri.

“Owh,tu sebab care ikat rambut die kan?”Tanya Fitri.

“Eh,bukanke sebab rambut die panjang ke?”Soal Cerah balik.

“Tu satu sebab la,
tapi boleh je yang rambut panjang tu jatuhkan.
Ade kawan aku,freehair,bile die pakai tudung,
jadi camtu la.Rambut takde la panjang sangat.”Terang Fitri.

“Ah,tak kisahla,yang penting aku suke.”Beritahu Cerah.

Semasa di sekolah menengah dulu,
ada seorang ustazah yang sangat cantik,
dia pakai tudung seperti di atas dan disebabkan dia
,ana memang suke tengok perempuan yang pakai 
tudung yang ada seakan-akan bonggol di belakang.
Semasa balik ke Kelantan tempoh hari,ana sempat ke pasar malam Wakaf Che Yeh.
Mungkin takdir, ana beli satu buku tentang aurat dan dalam buku itu tertulis 
satu hadis nabi yang berbunyi:
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)
Setelah membaca hadis ini,ana tersentak,
terkesima buat seketika.Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang dhaif ini.Ternyata ana telah menyukai sesuatu yang terkutuk.Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi:
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali.

blogspot: kemusykilan&kecantikan wanita

kesilapan kerap remaja


Macamana? Dah baca?
Faham?
Nampak? 
Semuanya bertentangan
dengan apa yang kita 
dengar masa tazkirah tuh.
Banyaaaak lagi
sebenarnye kan web2 yang tulis
pasal isu ni,
tapi tak terdaya nak letak kat sini.


Semoga
apa yang kita baca dapat
kita amal dan sebarkan.
:)

Sememangnya
ilmu tanpa amal
umpama pohon tanpa buah.

sekian.


No comments:

Post a Comment

cakap je, tak payah malu2.