Sunday, March 10, 2013

Counting and still counting

Assalamualaikum, peace be upon you! Nampak sangat blog ni berdebu kan? Last post was posted on October 2012. Bukan apa, admin-admin terlupa e-mail and password for this blog disebabkan LAMA SANGAT tak update. Ke malas sebenarnya?

Seperti yang telah digembar-gemburkan sejak beberapa minggu yang lalu, result SPM confirm akan keluar pada 20 Mac 2013 ini. Berapa hari lagi? Sila ambil kalendar and check or bilang guna jari jemari yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda =)

Jadi sepanjang beberapa bulan bercuti, korang buat apa? Dengar cerita ramai ambik lesen, ada yang berkerja, ada yang ambil kursus Bahasa Inggeris, dan tidak lupa juga buat penanam-penanam anggur yang berjaya haha. Harapnya korang isi masa lapang dengan benda-benda berfaedah la ya?

Bercakap mengenai result yang bakal keluar niyh, confirm ramai yang nervous kan? Siap mimpi lagi~ It's okay buddies, whatever result that you will get, just remember,



Pernah tak dengar "Allah tak pandang hasil, tapi usaha" . Kalau salah, mintak dibetulkan hihi. Yeah, cukup ke apa yang kita buat dulu? Result yang kita harapkan tu setimpal ke dengan usaha kita dulu? Pandai-pandai la korang fikir sendiri. Semua dah mumaiyiz kan? *apakaitan?

InsyaAllah Eminent Crew 95 akan beroleh keputusan yang cemerlang, amin. Jom bercakap hal orang dewasa pulak. Siapa dah isi UPU? Aku pun belum, gelabah tanya orang pulak haha. Diharapkan cepat-cepat lah mengisi sebelum result keluar. Bukan apa, takut server jam nanti sebab ramai yang attack nak isi UPU dan bagi mengelakkan stress melampau.

Ada yang nak apply IPTS? Ada sorang senior niyh mengesyorkan IPTS sebab kurangnya persaingan antara budak-budak pandai. Tapi ada la contra nya jugak. It's up to you guys, just make the right choice. Tapi papepun, isi la UPU dulu. Tak tau nak ambil course apa? You can go to these websites, it might help you 


For those yang mencari biasiswa, you can click these websites


Setakat ini, itu je yang boleh dibantu. Sesiapa yang nak share anything pasal biasiswa dan yang sewaktu dengannya, you can drop it in the comment box.

Peace be upon you!

Sunday, October 14, 2012

#15 things

1. Start off each day with thanking Allah for waking up in good shape

2. Put Allah first in your life

3.If someone says something mean to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner and pray that Allah shall forgive them.

4. When you get angry, remember Allah and how short and worthless life is to waste on being angry.

5.When you are happy, try to share your happiness with others, thank Allah for that and pray its continuation.

6. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person or caressing an orphan's head.

7. Spend some time thinking of Allah's amazing creation.

8. Find the righteous ways to express yourself and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!!).

9. Every now and then, give yourself a break, play sports, give time to your family, friends but always remember and watch that He is watching you.

10. Pray for blessing to come to your enemies and pray to Allah to guide them to the right path.

11. Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah's order.

12. Smile to everyone for your smile makes a big difference to them and you are rewarded.

13. Forgive, forget and smile.

14. Don't let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.

15. Never look down on anybody for they may be better then you in Allah's eyes.

Sunday, February 5, 2012

EMINENT CREWS VID

Ni sumpah Skuad Imam Muda terbaik! Kami sentiasa support Eminent Boys kat sof belakang!! Hihihi.. (>__<)" Feels free to subscribe!


Dah Form Five Pun Berhabuk Jugak?



Assalamualaikum. Banyaknya perubahan kita sekarang ni!! Daripada form one sampai sekarang, entah berapa banyak kali pentadbiran bertukar, peraturan bertambah, yang dulu gemuk sekarang kurus, yang dulu kurus sekarang berlemak, attitude kita pun sekejap baik sekejap nakal. Yang penting sekarang kita dah form five, dah tak boleh childish2 lagi dah. Kalau kita pun childish karang adik2 ikut. Kalau diorang pun dah terikut karang satu maahad tak membangun haha. Susah nak capai SBT pulak...

Eh bukan bukan.. Jadi matang bukan sebab sekarang kita sekolah kluster. Please la weh. Tolong jangan sikit sikit kaitkan dengan kluster tu. Kita dah besar ni. Kita pendakwah paling senior dekat Maahad. Nak tak nak adik2 akan tengok kita, jadikan contoh. Apa yang baik diorang akan ikut. Tapi yang tak baik pun diorang akan ikut gak.
"Psssttt... Aku tengok abang tu buat okay je"

"Alah... akak tu pun buat.."

Tapi kalau boleh perubahan tu biarlah dari hati. Haha cliche tak ayat. Kalau berubah sebab adik2, karang bila dah keluar Maahad, bila adik2 dah tak ada, kita terus berubah balik 360 degree.


مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ
Barangsiapa yang boleh memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya.-Hadits.

Apa yang kita boleh buat, kita buatlah sekarang. Kita tegur lah sikit-sikit, sekalipun  kita tak perfect. Cmon guys. Kalau semua orang nak tunggu perfect, sampai bila pun dakwah kita tak berjalan! Bila dah keluar Maahad nanti lagi susah, nak dakwah pun takut-takut belakang selimut je. Allah lihat kita dan Allah akan bayar kita nanti.


“أحب الناس إلى الله  أنفعهم للناس”
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”

So, rasa-rasanya kita ni bermanfaat tak pada orang lain?

Maksimumkan manfaat anda. Sekalipun anda bukanlah seorang pengawas, bukan ketua tingkatan, bukan seorang PRS,bukan ahli nuqaba, bukan seorang PPS, bukan Koopians, bukan QM, bukan Ketua Dorm, anda adalah SEORANG ABANG DAN KAKAK YANG BAIK! Seriously.

Pemergian kita kelak akan dirindui. Manfaatkan tahun terakhir kita kat bumi ulama ni!! InshaAllah :') Peace (Y)

Monday, January 23, 2012

ukhuwah takkan berakhir biarpun jauh dari pandangan mata :)

SAHABAT HINGGA KE SYURGA :)


That happy moment when you've found the person that will help you 

improve your deen


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI


Sahabat yang soleh

Laksana penjual kasturi


Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh

Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa



Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu

Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah



Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya


Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian

Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran




Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara



Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan

Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan







Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan




Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan



Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,

Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri




Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;

pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :

"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)



credit to: Allah Seeker

alhamdulillah,, hari ini nikmat paling besar yg ALLAH kurniakan masih dapat kita nikmati..

berbekalkan ILHAM drpd seorg teman,, akhirnye terluah juga isi hati yg terpendam..

setelah lama blog batch x diupdate,,
maka, saya cuba yg terbaik untuk menghidupkan semula blog nie, ok!
sgle kekurgn, harap dpt dimaafkn..

"ukhuwah takkan berakhir biarpun jauh di pandangan mata :)"
sbnrnyer nk ingat balik dkt kawn2 kte dlm eminent batch yg dah pindh..
:)
rindu,, mmg rindu tp perjuangan ttp perlu dteruskn,, btol x??

senarai members of eminentcrew yg da pindah :3

2009
Rabiatul 'AliahHanani # 
Salman Zainal 

2010
Nur 'Ayushah # Syarifah Syamimi Putri Adibah # Siti Zulaikha

2011
Farah Nadhiera # Nurul Fatihah # Khaleeda Adibah # 
Noor Aisyah # Rabiatul 'Aliah # 
Fatin Nabilah Azri # Nur Amalina Razak # Ain Farhana # 
Syafiqah Kamil # Aimi Amran #Liyana Malek # Nisa Natasha # Huda Yaziz

Imad # Bukhari # Syazwan # Fakhri # Kerol # Ikmal # Abdeen # Jimmy # Syukri # Tunku Izat #
Jazeel # Faheem # Mirep # Farhan Ahmad Sah # Hadif # 
Alif Afiq # Dollah Hakim # Arsyad # Zaim

tu jer rsenyer,,, klu ade yg tertinggal,, bg tau yer.. :D

sekian, wassalam~





Friday, August 12, 2011

baca je,jangan byk bunyik!


Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat ituMereka kata...Kita ni mejaga solat Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktuMereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita? Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian Tapi Kita...Mathurat tu ape ek? Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana Mereka kata...Kita ni menutup aurat Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja? Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita.

P/S : Mohon dipanjangkan artikel ini untuk kebaikan bersama di Bulan Mulia ini.

Saturday, January 15, 2011

Korang:)ngeee~


ehem.ehem.


Bismillahirrahmanirrahim.


hehe.
Amacam, korang sihat ke?kelas baru, ok?haha.credit la buat yang dapat kelas havoc, tapi bg kelas yang kureng skit tu, cuba la mulakan menjadi orang yang dpt havoc kan kelas tuh.


erm..apa-apa pun maseh belum terlmbt untuk ucapkan selamat BERTANGGUNGJAWAB buat semua.almaklumla kan, dh f4, of coz ada bnyk yg kene buat kan?cnth? KD.hurm.x lama lagi akan ada orang yang akan pegang amanah sbgi KU dan lain2 la~.


Sebut pasal amanah dan tanggungjawab, sedarlah.kita takkan dapat lari.Kemana kita pergi, pasti akan ada tanggungjawab yang lain yang akan menyusul.Pernah x korang fikir, kenapa kita diciptakan.Padahal kita x pernah meminta pun supaya diwujudkan didunia ni.Sedar2, kita dah memang wujud kat cni.cuba renung-renungkan.Nak dgr crita x? aku nak kongsi sikit.


Kisah ini mengisahkan tentang seorang petani.Dia mempunyai satu kebun sayur. Kebun sayurnya sangat subur. Disebabkan kebunnya yang subur, ramai yang berminat untuk mengusahakan kebun bersebelahan dengan kebunnya. Akhirnya, kebun-kebun yang diusahakan bersebelahan dengan kebun si petani turut mempunyai hasil yang baik.

Satu hari, ada yang bertanya kepada si petani, kenapa si petani mengizinkan orang-orang lain membuka kebun bersebelahan dengan kebunnya, kerana akhirnya si petani terpaksa bersaing. Kenapa tidak dibuat penghadang diantara kebunnya dengan kebun bersebelahan?

Si petani menjawab ringkas,”Kerana saya ingin ’berkongsi’ dengan orang sekeliling debunga-debunga baik yang saya ada. Supaya orang-orang lain turut merasai nikmat yang saya rasa. Kalau saya letakkan penghadang, angin yang bertiup tak dapat nak membawa debunga-debunga saya ke kebun bersebelahan.”


Agaknya, apa yang dapat disimpulakan melalui kisah ini?


-kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.?mungkin itu jawapan anda?


Apa yang dapat aku simpulkan,”Dalam hidup ni, kita tak boleh nak berjaya sorang-sorang. Kita ada kawan-kawan, kena sama-sama belajar, kena sama-sama bantu membantu. Orang yang bagus, dia akan berkongsi kebaikan dan ilmu yang dia ada dengan orang sekeliling, bukannya simpan sorang-sorang. nanti, kena belajar sama-sama dengan kawan-kawan. Jangan selfish.”

Pengajaran yang aku terima adalah jangan pentingkan diri sendiri (selfish) dan mainkan tanggungjawab. Mana mungkin seseorang itu akan bersifat pentingkan diri sendiri, jika dia tahu dan sedar tanggungjawabnya kepada orang sekeliling.

Jika kita adalah orang yang berjaya dalam pelajaran, tanggungjawab kita adalah membantu orang yang lemah. Jika kita orang yang berkemampuan, tanggungjawab kita adalah membantu orang yang kurang berkemampuan. Jika kita berkelapangan masa ketika itu, tanggungjawab kita adalah membantu orang-orang yang kesempitan masa, tanpa menidakkan tanggungjawab itu sebagai sesuatu yang perlu dipikul olehnya.







Tanggungjawab itu apa? Ada yang memandang tanggungjawab sebagai yang membebankan. Jika beban yang difikirkan, beban lah jadinya. Ada yang memandang tanggungjawab itu sebagai amanah Ilahi. Tanggungjawab pastinya akan menjadikan kita seorang yang ’sibuk’. ’Sibuk’ menjalankan tanggungjawab!

Ada suatu ketika, aku pernah mengeluh, kerja-kerja yang banyak dan menimbun. Cuba juga memuhasabah diri. Apa yang telah dilakukan semasa adanya waktu lapang?




cuba fikir,..”Kenapa asyik nak mengeluh? Siapa yang bagi tanggungjawab ni? Bukan ke Allah SWT yang bagi? Sebab, setiap yang berlaku kepada manusia, semuanya dah tertulis dalam Lauh Mahfuz. Maksudnya apa? Maksudnya, Allah SWT percaya kan kau! Kalau Allah SWT percaya pada kau, kenapa mesti kau menidakkan kepercayaan tu? Tanggungjawab itu Allah yang berikan, kerana kunci ’kekuatan’ itu ada pada-Nya. Jadi, memintalah! Memintalah untuk diberi kekuatan, bukannya berhenti separuh jalan setelah tanggungjawab diberikan.

Ada perkara di dalam hidup yang membuatkan aku benar-benar yakin bahawa sesuatu tanggungjawab, jawatan dan amanah yang diberikan kepada manusia, sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah SWT.

Manusia hanya sekadar medium yang Allah jadikan sebagai pengantara kepada kita mendapat tanggungjawab itu.
Dia mahu melihat sejauh mana kita memegang tanggungjawab itu, tanpa sedikit pun memanipulasikannya.
betul tak?

Saat perkenalan dengan ayat cinta-Nya di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30, haruslah kita yakini bahawa penghidupan manusia di atas muka bumi bukanlah suatu yang sia-sia, dan sebenarnya ia diulit dengan sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu di ketahui dengan kesedaran yang timbul dari hati. Jika tidak, manusia tidak akan perasan bahawa hidup ini adalah suatu tanggungjawab!


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Berdoalah,
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas orang-orang kafir.

--------------------------------------------------------------

Mesti ramai yang tgh sebuk2 fkir pasal twrn kan?Pastu, mulala nk fkir, nk stay ke x.Betul tak? Ataupun, maybe maseh ade yang yang masih bLurr nak plih akaun ke science..hehe.


tok sah pening2 kepala.relax je.Yang penting, always keep in touch dgn Allah.Jgn lupa solat istikharah.Untung kan kita ni, at least kita tau jgk solat istikharah tu ape, n cara pelaksanaannya. pastu, cubela dgr nasihat drpd orang lain jgak. Mak ayah, cikgu2.Aku tau, mesti permintaan mak n ayah korang en?X pe la.Yang penting bukan lah korang skola dimana atau ape, tapi yang lebih utama, bagaimana korang nak survive kt skola tu. Aku yakin, mesti ramai giler yang mohon KISAS kan?haha.fikirla masak2.kalo boleh sampai hangus apa yang korang masak tuh.ok?jgn tension2.Serahkan semuanya pada Allah.Andai kata jawapan istikharah korang tu adalah, korang kena pndah, maybe itu yang terbaik untuk kita semua.Baik untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.Apa-apa pun jgn lupa pada kawan masing-masing ea!~


Kepada yang stay, jomlah kita bangunkan MAAHAD.asyek jatuh je maahad ni.kitala yang bangunkannya balik.x yah segan2 nak ngaku, yang kita sayang maahad.Bila dah sayang maahad, akan wujudlah usaha ke arah pembangunan sahsiah diri, n then, insyaAllah, maahad turut bersahsiah tinggi!~


ingat!~kemana kita pergi, kita tetap mempunyai tanggungjawab masing-masing.so, laksanakanlah dengan sebaik mungkin!All the best.Sama-sama kita beramal.

together, ok!

Wednesday, December 29, 2010

SENARAI NAMA KELAS 2011

Kredit kepada Tasya Zaidi ;) Alah korang tau konpem akan betukar jugak tahun depan kan, ikut minat korang jugak.

4 Ghaza

*Tahniah Harimau Malaya, juara Piala AFF Suzuki! Malaysia Boleh!